Chinese New Year Open House & Mosque Tour 2019

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2019 yang lalu, PPR Kg. Baru Air Panas telah bekerjasama dengan Persatuan Penduduk PPR Kg. Baru Air Panas dan AJK Sura At-Taqwa bagi menjayakan program Program Chinese New Year Open House & Mosque Tour 2019 bersama penduduk PPR Kg. Baru Air Panas. Program ini turut dihadiri oleh YB Tuan Nik Nazmi MP Setiawangsa sebagai jemputan kehormat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak Persatuan penduduk Cina PPR Kg Baru Air Panas dan AJK Surau At-Taqwa bersama dengan komuniti PPR Kg. Baru Air Panas Selain itu, program ini juga bertujuan membentuk sifat tolong menolong, bantu-membantu tanpa mengira kaum mahu pun agama.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung antaranya ialah, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, Pemberian Angpow raya, Jualan Booth Usahawa, Jamuan Makan dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat komuniti PPR Kg. Baru Air Panas untuk berkunjung ke program tersebut. Acara yang meriah dan gilang gemilang itu tamat pada pukul 3 petang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali